Saturday, August 4, 2007

'Tegas tangani pencemaran air’
Oleh Shamsul Kamal Amarudin
Berita Harian (3 ogos 2007)

posted by Neo


BERI PERHATIAN: Sultan Azlan Shah (dua dari kiri),Tuanku Bainun danRaja Nazrin Shah diberi peneranganoleh Pengurus Besar LAP, Datuk Mohd YusofMohd Isa mengenai reka bentuk Empangan SungaiKinta yang kemudian dinamakan Empangan Sultan AzlanShah pada majlis perasmian empangan berkenaandi Hulu Kinta, semalam.


Rakyat patut disedarkan tanggungjawab pulihara sungai: Sultan AzlanI POH: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mencemarkan sumber air terutama golongan tamak dan merosakkan sumber berkenaan semata-mata atas kepentingan perniagaan.Baginda bertitah, Malaysia adalah negara bertuah kerana dikurniakan sumber air yang banyak dan mencukupi untuk semua penduduk.

Begitupun, titahnya, masih ramai rakyat kurang menunjukkan sikap untuk menghargainya dengan melakukan pencemaran termasuk memusnahkan sumber asalnya demi kepentingan peribadi.“Rakyat dan kerajaan bertanggungjawab memulihara sumber air. Oleh itu, rakyat perlu disedarkan mengenai
nilai air dan tanggungjawab bersama dengan kerajaan dalam memulihara sumber air,” titahnya ketika merasmikan Empangan Sungai Kinta di Ulu Kinta dekat sini, semalam.

Hadir sama, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Raja Muda, Raja Dr Nazrin Shah; Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim; Raja Dihilir, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah serta Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali dan isteri, Datin Seri Kamariah Mokri.Empangan Sungai Kinta bernilai RM253 juta dan mempunyai kapasiti simpanan air hampir 30 juta meter padu air itu mula dibina pada 27 Januari 2003 dan siap 8 November tahun lalu.

Sultan Azlan bertitah, agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab mengawal sumber air perlu amanah dengan sentiasa bersikap tegas.Titahnya, permintaan terhadap bekalan air akan sentiasa meningkat pada masa depan selaras dengan peningkatan sosioekonomi penduduk.Baginda bertitah, kerajaan negeri juga perlu terus berusaha mencari kaedah berkesan memulihara serta menjaga khazanah negeri seperti sungai dan hutan yang menjadi kawasan tadahan hujan serta sumber air utama.“Walaupun Perak memiliki sumber hutan luas, jika tidak dijaga dan dipelihara dengan betul, ia akan musnah,” titahnya.

Sementara itu, selepas majlis perasmian berakhir, Tajol Rosli mengumumkan empangan itu diberi nama sebagai Empangan Sultan Azlan Shah.Terdahulu, dalam ucapannya, Tajol Rosli berkata, Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM503.6 juta kepada Lembaga Air Perak (LAP) bagi melaksanakan rancangan pembangunannya dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).Beliau berkata, antara projek besar LAP ialah Skim Sungai Kinta RM142.7 juta, meningkatkan sistem bekalan air Hilir Perak (RM63 juta), Manjung (RM61.2 juta), Larut Matang dan Selama (RM40 juta), Kuala Kangsar (RM35 juta), Kerian (RM37.7 juta), Tanjung Malim (RM23 juta serta Hulu Perak (RM19 juta).

No comments: