Monday, August 13, 2007

Paip bocor: Minyak mentah mengalir ke Sungai Lutong

oleh Wee Beng Wah

UTUSAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR 8 Ogos - Satu kebocoran berlaku pada paip yang menyalurkan minyak mentah dari medan Lutong Barat di luar pantai ke Terminal Minyak Mentah Miri di Sarawak awal pagi ini.

Kebocoran itu dikesan pada kira-kira pukul 6 pagi berhampiran jambatan penapisan lama di sepanjang Sungai Lutong, kira-kira 10km dari Miri, yang menumpahkan minyak mentah yang belum dapat ditentukan jumlahnya ke dalam sungai itu, menurut satu kenyataan Petronas Carigali Sdn Bhd hari ini.

Menurut kenyataan itu, saluran paip yang terlibat telah ditutup dengan serta-merta dan kebocoran telah dapat dikawal.

Syarikat itu juga telah mengerahkan unit tindakan tumpahan minyaknya ke tempat kejadian dan semua pihak berkuasa yang berkenaan telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.
“Kerja membendung tumpahan minyak dan operasi membersih sedang giat dijalankan.

“Petronas Carigali telah mengatur untuk mendapat sumber-sumber tambahan bagi tindakan menghadapi tumpahan minyak daripada pihak-pihak yang berkenaan bagi membantu mempercepat operasi,” tambah kenyataan itu.

Kenyataan itu, bagaimanapun, tidak menyebut punca kebocoran itu dan akan memberikan lebih banyak maklumat sebaik sahaja diperolehi. - Bernama

No comments: